Wednesday, August 12, 2009

tajuk-less

Coretan M.A.M.A
salam,

lama dah aku x update blog. aku takde idea nak sok sek kat blog.

hmm.. tambahan pula, sekarang ni dah ada "penyibuk" dlm blog. "penyibuk" yg suka jaga tepi kain org. "penyibuk" yg suka buat fitnah. "penyibuk" yg suka buat penganiyaan.

kalaulah si "penyibuk" itu ada anak2, aku sangat simpati terhadap anak2 kerana mempunyai mak atau bapa yg berhati busuk, penghasut, hasad dengki!

aku nak membebel, kalau x suka jgn baca ekk..

berpijak di bumi yg nyata. sekarang ni, kita harus berhati-hati. rambut sama hitam, tp hati, isi hati, kita tak tahu, putih ke hitam ke hati seseorang itu.

bagi aku, yg aku percaya hanya Allah SWT, suami, mak & bapak & adik-beradik. dari pemerhatianku, sekarang ni ramai orang yg sanggup tikam dari belakang. tp bila berdepan, pijak semut pun tak mati... kalau dah tak takut melakukan fitnah, bermaksud org itu tak takutkan Allah!

mungkin dlm jiwa org itu hanya ada sifat hasad dengki yg berkarat di sanubari, tamak, cemburu! kerana terlalu ikutkan kobaran hawa nafsu, sanggup nak taburkan pasir dlm periuk nasi org lain. Masya-Allah... tidakkah org itu sedar bahawa dia telah melakukan penganiyaan dan melakukan amalan jahiliah yg terkutuk!

apabila iman dan takwa tidak terisi penuh dalam jiwa seseorang di samping ilmu dan amal tidak menghiasi peribadinya, mudahlah baginya dilumuri dengan sifat keji dan terkutuk untuk memerangkapnya agar terjebak dalam kancah penganiayaan dan penindasan yang terlarang.

tp, ada juga org yg berilmu, yg berpangkat berhati busuk. menggunakan kuasa yg ada untuk melumpuhkan orang bawahan... mungkin org itu berilmu tetapi tidak beriman!

bukan itu sahaja, kerana duit, kemewahan, keluarga pun boleh berpecah-belah. abang fitnah adik, adik fitnah kakak... tidakkah mereka sedar yg semua itu tidak kekal dan hanya bekalan dunia sahaja.

hmm.. sama2 lah kita renungkan. Islam menganggap semua manusia sama sahaja dari segi taraf dan kedudukan. tak ada beza kaya-miskin. tak ada beza cantik-hodoh. tak ada beza sempurna-cacat. Sedarilah yg kita manusia ciptaan Allah SWT...

Apa yang baik datang dari Allah SWT, dan yang buruk dari khilaf kita yg menumpang di bumi Allah..

0 Ngabas Sitok:

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting