Tuesday, August 13, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.

Jemputlah bejarah, hehe..

Mohon maaf andai selama berblogging ada menyinggung perasaan pembaca secara tidak langsung. Maaf zahir & batin :)

Tuesday, August 6, 2013

Keputusan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N27

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Awal bln mei yg lalu saya menerima surat panggilan dr Suruhanjaya Perkhidmatawm Awam (SPA) utk temuduga jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27.

Saya telah menghadiri temuduga tersebut pada 23 Mei.
Nak citer psl pengalaman, yg saya ingat la saya d temuduga selama lebih kurang 45mins.

Ada 2 panel temuduga, seorang wanita dan seorang lelaki.
Memang jelas kelihatan mereka berpengalaman.

So, d pendekkan cerita, hari ni dah keluar result temuduga.
Alhamdulillah, saya dlm kategori calon simpanan.
Berita itu sgt membuatkan saya gembira walaupun tidak pasti lagi dpt atau tidak jawatan tersebut. Cepat atau lambat, ditempatkan di mana masih lagi dlm persoalan.

Insha Allah rezeki ada di mana2.
Syukran jazilan Ya Allah..

Saturday, August 3, 2013

Coretan Ramadan #2

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Janganlah riak dan sombong sekiranya memperolehi wang/ harta yg byk kerana semua itu hanya sementara sahaja.

Wang yg byk tidak membawa kita ke syurga.

Usahla berbangga dan menunjuk-nunjuk apa yg kita perolehi kerana ia akan menyebabkan kita lupa diri.

Ingatlah, mana milik kita tidak ada milik kita, semua yg ada Allah swt yg punya..

Wednesday, July 31, 2013

Pakaian Wanita Menurut Islam

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) .

Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. 

Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

-------------------------------------------------

Dengan izin Allah, saya dalam usaha untuk mempraktikkan berpakaian mengikut tuntutan syariat Islam.

Insha Allah..

Monday, July 29, 2013

Persiapan Raya

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Suasana raya dah terasa, tinggal 10 hari lagi menjelangnya Syawal.
Sob sob sob.. Sedihnya nak tinggalkan Ramadan.

Raya tahun ni saya & suami ala kadar je. Dahulukan anak2 coz sinonim la kan raya dgn budak2.
Budak2 ler yg excited, aku yg dah tua ni seronok tengok gelagat anak2 jer. Hehehe..

Alhamdulillah, keperluan anak2 semua dah ada.
Cuma nak tggu suami cuti utk shopping biskut & kek raya.
Plannya nak buat sendiri tp suami cakap beli je, iye lah kan mana nak jaga anak2 lagi.
So, sbg penasihat kewangan, saya memang plan budget utk raya. Hehe..

Rumah tak kemas lagi.
Tahun ni masih mengekalkan cat, insha Allah next year kalau ada rezeki lebih, nak tukar warna kat dlm rumah, insha Allah..

Bagi saya seronoknya raya dpt bekumpul dgn keluarga, sanak saudara, bermaafan agar silaturrahim lebih erat.

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting