Friday, January 4, 2013

Chocolate Cloud Cake

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Semalam saya buat cake..
dah lama teringin nak buat, bahan2 semua dah ada...
cuma menanti masa yang sesuai..

dapat resipi dari rancangan Nigella, tapi tak ingat la sama ada Forever Summer with Nigella ataupun Nigella Kitchen.
Sebab tengok pun dah setengah rancangan... hehehe..
Bahan2 pun sangatlah mudah.

Saya memang suka dengan resipi2 Nigella. Celoteh dia pun saya suka.. hehehe...
Selain Nigella, saya suka jugak tengok Bake with Anna Olson & Jamie at Home.
Resipi diaorang ringkas & mudah...


Chocolate Cloud Cake ni actually flour-less cake.
Tapi Nigella buat gebu cantik jer..
Saya buat berkerak sedikit maybe saya tambahkan masa memasaknya dalam oven.
Well, my 1st attempt maaaaa...
Takper, nanti buat lagi.. hehhe..






Resipinya:
Source : http://www.foodnetwork.com/recipes/nigella-lawson/chocolate-cloud-cake-recipe


Ingredients
  • 9 ounces bittersweet chocolate, minimum 70 percent cocoa solids - (250grams)
  • 1/2 cup unsalted butter, softened - (125grams)
  • 6 eggs, 2 whole, 4 separated
  • 1/2 cup plus 1 tablespoon sugar - (175grams) - saya guna castor sugar
  • 2 tablespoons orange-flavored liqueur, optional (recommended: Cointreau) - saya x letak, well optional kan..
  • 1 orange, zested - saya tak letak

For the cream topping:


  • 2 cups heavy cream - saya guna 250ml whip cream
  • 1 teaspoon vanilla extract
  • 1 tablespoon orange-flavored liqueur, optional (recommended: Cointreau) - saya tak letak
  • 1/2 teaspoon unsweetened cocoa powder, for sprinkling

** Special equipment: 9-inch springform pan
Direction:
Preheat the oven to 350 degrees F. Line the bottom of the cake pan with baking parchment.
Melt the chocolate either in a double boiler or a microwave, add the butter and let melt in the warm chocolate.
Beat the 2 whole eggs and 4 egg yolks with 1/3 cup (75grams) of the sugar, then gently add the chocolate mixture, the orange-flavored liqueur and the orange zest.
In another bowl, whisk the 4 egg whites until foamy, then gradually add the remaining sugar and whisk until the whites hold their shape but are not too stiff. Lighten the chocolate mixture with a dollop of egg whites, and then fold in the rest of the whites. Pour into the prepared pan and bake for 35 to 40 minutes or until the cake is risen and cracked and the center is no long wobbly. Cool the cake in its pan on a wire rack; the middle will sink as it cools.
When you are ready to eat, place the still pan-bound cake on a cake stand or plate for serving and carefully remove the sides of the pan from the cake. Don't worry about cracks or rough edges, it's the crater look we're going for here. Whip the cream until it's soft and then add the vanilla and orange-flavored liqueur and continue whisking until the cream is firm but not stiff. Fill the crater of the cake with the whipped cream, easing it out gently towards the edges of the cake, and dust the top lightly with cocoa powder pushed through a tea-strainer

------------------------------------------------------------------

Saya takde acuan springfoam, so saya just letak kertas kuih seluruh acuan.
Hasilnya tak seberapa tapi rasa boleh tahan...
Saya memang suka cake/ dessert yang ada cream.. 
No.1 adalah pavlova memang terpahat di hatiku... hehehhe..
Well, selamat mencuba kepada yang ingin mencuba... :)

Apa tajuk?

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Selamat Tahun Baru 2013.
Dah 2013 dah... semakin meningkat umur...
Terasa semakin tua... hehehe...
Anak pun dah 2, terasa cam nak tambah jadi 3..
hahahhaha...




Permata hati saya...
Bertuahnya mereka kerana adanya saya di sisi mereka setiap masa, setiap hari.
Saya pun rasa bertuah kerana adanya mereka yang menghiburkan saya senantiasa...
walaupun kengkadang saya mengeluarkan tone yang tinggi... hehhehe...



Darwisy yang manja..
kalau dibandingkan darwisy dengan nabihah,
beruntungnya darwisy kerana dibesarkan sendiri oleh mamanya...


feveret darwisy...


See... suka dia makan chocolate biscotti..
nanti nak try apple biscotti pulak...


Ini hasil pam masa susu meriah..



Ini hasil pam masa kini since darwisy taknak directfeeding lagi.
Paling banyak pun dapat 4 1/2 oz je..
Biasanya saya kasi susu pam ni selepas darwisy makan.
Sebab bila kenyang, darwisy mesti nak tido,
bila nak tido mesti nak menyusu, so saya bagi susu pam..
Tak ler terpadat sangat perut darwisy...

Kalau breastfeeding, tak yah nak diet,
sebab kalori terbakar dengan sendirinya...
dan sekiranya berdiet bila breastfeeding sangatlah tidak baik.
sebab bila diet perut akan mengeluarkan asid,
asid itu jugak akan terjadi dalam susu badan,
so maknanya bila breastfeed, baby pun minum gaklah asid yang terhasil.

So, pada sesiapa yang masih breastfeeding, berkorban lah yerr..
demi anak tercinta, tidak apa kalau berisi sedikit,
janji anak kita dapat yang sihat dari tubuh badan kita...
Yang penting, makan makanan seimbang...

Nak tambah susu badan, makan sayur banyak..
minum air kosong banyak...
minum susu, soya..
dan power pumping!

PP sangat penting bagi ibu yang berkerjaya untuk menghasilkan susu yang banyak..
eh, terasa macam pakar pulak dah..
hehhehe...
sekadar berkongsi ilmu...

oklah, nanti story lagi, budak kecik dah menangis..
rindu kat mama dia la tu.. hehehe... p

Friday, December 28, 2012

Selamat Ulangtahun

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Today is 28th December yo!!



It's our 5th Wedding Anniversary!! :)





Alhamdulillah... Dah 5 tahun kami hidup sebagai suami isteri.
Dan kami dah dikurniakan dengan 2 orang anak yang menambah penyeri dalam kehidupan kami.
Alhamdulillah...

For my beloved husband;

Sayang,
Terima kasih kerana berada di sisiku di masa suka ataupun duka...
Terima kasih kerana sudi mendengar bebelanku...
Terima kasih kerana kenari putih itu untuk ku bawa ke sana ke mari... hehehe..
Terima kasih kerana rumah kita untuk ku dan anak2 berteduh...
Terima kasih kerana menjadi perunding fesyenku...

Terima kasih kerana sentiasa menjaga hatiku...
Terima kasih kerana sudi memnbantu ku  mengurus rumahtangga...
Terima kasih, terima kasih dan terima kasih di atas segalanya untukku dan anak2 kita...

Sayang,
Kaulah syurgaku...
Maafkanku di atas kealpaan & kesilapanku...
Ku bersyukur kepada Allah swt kerana mengurniakan dirimu sebagai jodohku...
Ku pohon pada Allah Yang Maha Esa agar berkekalan jodoh & ikatan perkahwinan kita hingga ke akhir hayat...
Ku pohon pada Allah Yang Maha Kuasa agar merahmati & memberkati perkahwinan kita.

Tiada kata lagi yang dapat ku ungkapkan...
Bukan handbag, handphone (tapi mau smartphone.. ehee..) mahupun intan permata yang ku pinta darimu Sayang,
Hanya satu yang ku minta agar kau tidak berhenti mencintaiku dan menyayangiku hingga ke akhir hayatmu...

Terima kasih Sayang... :)

Aduhai...

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Alkisahnya Miss P telah pun menyerang setelah 7 bulan 2 minggu selepas bersalin Darwisy.
Dan yang teramat sedihnya saya bila Darwisy reject susu ibu.
Macam2 kaedah, cara saya cuba untuk pujuk Darwisy tp tak berkesan.
Skin to skin pun saya try tp dia taknak jugak.
Bila saya acu cik B, Darwisy nangis melalak.

Saya pam dan hasil pam memang berbeza.
Kualiti susu pun berubah.
Kalau dulu pekat dan berlemak je susu di pam,
tp since miss P ni, pucat & cair je susu.
Mungkin sebab itu Darwisy menolak susu ibu.

Sekarang ni secara rasminya Darwisy dah menyusu FM.
But still menyusu guna botol susu ibu yg saya pam.
Tapi semakin hari semakin berkurangan hasil pam.
Kalau dulu pernah dapat 9oz pam tp sekarang dapat 6oz
kemudian kurang ke 5oz dan pagi tadi pam dapat 4oz jer.

Walaubagaimanapun saya tetap berbangga kerana dapat menyusu Darwisy dengan susu ibu sepenuhnya hingga Darwisy berusia 6 bulan.

Kalau nak diceritakan pengalaman breastfeeding ni, macam2 dugaan & cabaran saya tempuhi.
Darwisy pernah keliru puting di usia 3 bulan, tp Alhamdulillah, dapat ditangani.
Kemudian saya kena masitis which is saluran air susu block & terkena bakteria.
Masya Allah, sakit yg saya hadapi memang susah saya nak describe kan.
Sakit yang amat, demam mengigil saya dibuatnya.

Bila Darwisy dah tumbuh gigi,
kena gigit pulak.... luka ok!
Setiap kali BF memang jantung saya berdebar2 takuuuuuut Darwsiy gigit.
hahahaha..
But secara jujurnya, semua itu adalah kenangan dan pengalaman yang sangat indah bagi saya.

Sekarang ni saya rindukan Darwisy berada di pelukan saya untuk BF.
Tapi semua itu tidak berlaku lagi. huhuhuhu...
Saya redha...
Saya dah berusaha sebaik mungkin...
Dan saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan saya dengan susu yang banyak.
Sepanjang tempoh BF, saya takde ambik apa2 supplement untuk tambahkan susu.
Makanan pulak saya bedal je dan Alhamdulillah tidak menjejaskan penghasilan susu
dan setakat ini perut Darwisy pun tak alah apa2.
Indahnya penyusuan susu ibu.



Anak bujang saya yg suka senyummmmm...
Nak main tab jugak anak mama ni, reti ker? hehehe...

So, sekarang ni saya tak tau lagi nak merancang secara natural ker atau ambik pil.
Kalau dulu saya merancang dengan pil perancang Marvelon dan Alhamdulillah pil tersebut sesuai dengan saya.

Tapi saya rasa cam malas jer nak ambik pil.
Rasa cam nak tambah anak lagi!!! hahahahahah!!!
Pengsan mak saya nanti... hehehe.. :p



Nabihah salu gak pegang perut mama dia dan sebut baby, baby... hehehehe..

Oklah, panjang pulak coretan saya kali ni.



huhuhu..
lama tak tempek gambar sendiri..
rasa cam inggar jak eh letak gambar sendiri kat sini...
eeeeeeee... malu! :p

Nampak kurus kan?
Before preggy berat saya 57kg.
Dan sekarang berat saya 49kg je tau!
tak shukeeeeeeeeee!

Orang lain nak slim tp saya nak gebu...
hehehhe...

Ok, till then, 

Assalamualaikum... :)

Wednesday, December 19, 2012

Si Jantung Hati

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Lamanya menyepi...
Tak ke mana, ada di sini sahaja.
hehehehe...
Melayan kerenah anak-anak.
Cepat bertul masa berlalu,
anak-anak pun cepat membesar.
Dulu kecik je digendong,
sekarang ni sorang buat perangai macam itu,
sorang lagi buat perangai macam ini...
Alahai anak....




Anak dara saya.
Manis orangnya...
Tapi boleh tahan perangai mengada-ngadanya,
hehehhe...




Tahun depan nak masuk tadika,
tapi belum register lagi.
Mama & ayahnya masih pening tak tahu nak hantar si kakak ni tadika mana.
Lepas krismas ni kena settle gak pendaftaran si kakak ni.
Manja sangat, hantar sekolah awal, biar pandai berdikari.





Anak bujang saya.
Ni pun manja, nak begendong je.
2 minggu lagi nak masuk usia 8 bulan.
Alhamdulillah masih fully breastfeeding lagi.
walaupun sekarang ni si adik ni mengalami fasa mogok susu.

Tapi saya masih bersemangat waja nak teruskan breastfeeding.
Akan ku harungi apa jua dugaan & cabaran dalam breastfeeding journeyku ini,
chewaaahhh... :p

Saya search tenet, memang normal sesetengah bayi mogok susu lebih2 lagi kalau si bayi mula belajar merangkak.
Yang penting, si ibu kena banyak bersabar...



Gambar2 ni diambil di Secret Recipe @ Plaza Merdeka.
Seronok jalan2 kat sana.
Nanti nak ajak Ayah jalan2 kat Plaza Merdeka lagi la..
hehehe...

Manja yang amat Darwisy ni tau.
Asyik nak "berkukut" dengan Mama jer,
ayah dukung pun still mata bulat pandang mama.
Kelibat mama tak nampak, mula menangis, congek!

Tak lama lagi tahun 2013.
Harapan saya agar ada rezeki untuk saya bekerja balik.
Ya, saya rindu dengan dunia pekerjaan.
eheeeeeeeeee...
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting