Thursday, June 9, 2011

Senyum :)

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam...

Nak nyanyi jap..

"Senyum, tak perlu kata apa-apa... Senyum..."

Senyum seindah suria... :)






**Alhamdulillah... :)

Wednesday, June 8, 2011

Mama Busy

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam..

Uikss, lamanya saya tak update blog.

Saya busy kebelakangan ni, al-maklum la banyak staffs cuti gawai.

Sekarang pun busy buat preparation untuk mesyuarat next tuesday.

Pusing kepala saya.. Kenapa? Sebab saya seorang sahaja berada di seksyen.

Boss? Boss traveling dan boss sorang lagi masih cuti.

Pegawai lain pun cuti, sorang lagi berpantang... huhu..

Ok, saya nak sambung keja balik. Till then... :)




**Marek aku interview. Mudahan jak dapat, Insya Allah. Mun sik dapat pun, bukan rezeki aku.. chaiyok! chaiyok!  :)

Monday, May 30, 2011

Haluuuu...

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam..

Setelah 8 hari bercuti, saya masuk kerja balik hari ni. Liat nya nak bangun pagi tadi. hehehehe...

Saya tak ke mana cuma kami 3 beranak jalan-jalan menghabiskan masa bersama di KL. Agenda utama adalah nak ke IKEA, nak shopping barang-barang rumah. Barang2 sendiri adalah jugak tapi lebihkan ke barang-barang rumah dan Nabihah.

Nak ke genting, cancel. Nak ke i-City pun cancel, sebabnya Nabihah kurang sihat dan saya sendiri pun kena demam.. Alahai...

Tapi, sangat-sangat puas hati sebab dapat cari barang-barang rumah yang kami inginkan hinggakan kami perlu pos barang-barang itu. hehehe... Takut overweight la pulak kalo masuk belon.. heheheh...

Oklah, banyak keja tertunggak atas meja nih. Saya nak siapkan mana-mana yang penting & urgent dulu. Lusa dah cuti Gawai.. Mesti kena siapkan keja ni... huhuhu....






**Utak ku tok mala mikir hal rumah... heheheh.... :p

Tuesday, May 17, 2011

Fast Five

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam..

Hari Ahad lepas, kami 3 beranak tengok movie d MBO. Kami tengok citer Fast Five. Saya dari The Fast & The Furious, 2Fast 2Furious, Tokyo Drift, Fast Furious 4 memang tak lepas punya. Citer FAVOURITE saya nih!! vrOooooooommm!



Fast Five, Five STARS rating saya! Bagi saya jalan cerita sangat-sangatlah BEST! Kreatif! Dengan pelakon-pelakon hebat ditambah pulak dengan adanya The Rock, wallaweyhhhh.. Superb!!



Reunion. Oh, Han...  Ingatkan watak Han takde lagi bila dalam Tokyo Drift, watak dia mati. Aleh-aleh, dalam Fast Furious 4, ado lagi Han ni muncul! hehehe..



Rasanya citer ni akan ada lagi yang ke-enam. Macam tak habis lagi je, tetiba Letty pulak muncul last skali. Apa-apa pun, bagi saya citer ni memang best! Nak tengok sekali lagi boleh??? hahaha.. :p




**19 May - Pirates of The Caribbean... wohoooooo! Blog ini akan bercuti mulai esok sebab tuannya nak bercuti-cuti Malaysia... :)

Saturday, May 14, 2011

SALE situ sana sini

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam..

Buat hal la blogger 2-3 hari ni. Banyak komen-komen hilang, entry tak publish.. hmmmm... Nak BW pun rasa macam tak best, iyela dah takde entry baru nak di baca.

Ok, nak cita sikit, sekarang pesta jualan murah, tak lama lagi nak Gawai dan cuti sekolah kan. Tapi, saya tahan nafsu nak shopping, hehehe... Tahan nafsu shopping untuk beberapa hari je, hahaha... Yang best nya jugak, bila kedai-kedai perabot pun sale habis-habisan.

Hari itu en. Edel call lawyer, kata lawyer tu, hujung bulan ini kami akan dapat kunci rumah. Harap-haraplah benar apa yang dikatakan oleh lawyer itu. Sebab kami memang dah tak sabar dah... Mana tak nya tak sabar, dah 3 tahun kami tunggu nak ada rumah sendiri. Rumah pertama yang kami beli, tak jalan projeknya. Nasib baik la depa bayar balik duit kami. Dah, tak mau nak ingat balik, buat sakit hati jer.

Bila tengok sofa-sofa, kabinet tengah sale, rasa nak angkut. ehhehe... Tapi, masalahnya nak letak kat mana...? Kalo dah ada kunci, belum pindah sekalipun, at least boleh taruh barang-barang dulu kan.

Insya Allah, target memang nak beraya di rumah sendiri tahun ni. Insya Allah, kalau takde aral melintang... Kalau siap semuanya, Insya Allah boleh.... Al-maklum la, nak masuk rumah baru banyak nak pakai duit. Nak pasang elektrik, air, cat, nak pasang gril segala... Washing machine, peti sejuk, itu, ini, itu, ini... memang cecah 10k ke atas... huhuhu...

Bagus jugak la kan bila dah ada rumah sendiri, boleh manage kewangan, buat perancangan, ikut kemampuan. Saya ni bukan lah jenis yang, bila orang ada tu, saya nak jugak.. BUKAN.. saya lebih suka sederhana saja, iyelah ikut kemampuan. Janji selesa dan berkualiti.

Walaupun saya ni dilabelkan sebagai kaki shopping oleh sesetengah orang, tapi TIDAK setiap bulan saya shopping. Kalau saya ada duit, saya shopping lah, kalau tak cukup duit, saya window shopping je... hehehe...

Eh, cerita saya dah melalut ke laut dahhh... hehehhehe... So, memandangkan sekarang ni musim sale, siapa yang tak shopping kan? Shopping biarlah berhemah... hehehehhe... Ok, saya dah ketandusan idea, lagipun AF dah nak mula dah.

Happy weekend.. Hari selasa cuti lagi... Yihaaa.... Next week, saya keja isnin saja, hari seterusnya hingga 27hb saya cuti! Holiday! hehehe...

Bye!




**Semoga urusan rumah mek orang kali tok berjalan ngan lancar... Aminn...  :)
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting