Wednesday, January 12, 2011

Musim Hujan

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam..

Lama aku menyepi. Ada pun online, hanya sempat singgah d blog teman-teman. Nak tinggalkan jejak dan komen pun tak berkesempatan.

Busy? YA! Sekarang ni musim hujan dan pejabat kami berfungsi sebagai Bilik Operasi Bencana Banjir Bahagian Kuching. Mesti ada yang tau di mana aku bekerja.. hehehe.. Bilik Operasi dah dibuka dan beroperasi 24 jam. Makanya kesemua kami dalam keadaan siap sedia dan bekerja ikut shift. Handphone, TIDAK BOLEH DITUTUP!

11 Januari 2011, paras air meningkat, air naik di kawasan-kawasan rendah dan berlakulah banjir di kawasan tersebut. Aku telah dilantik menjadi timbalan ketua zon stampin. Dan kawasan dibawah jagaan aku... BANJIR!!!


 Kampung Sinar Budi Baru


 Di Pusat Pemindahan


 Kampung Sinar Budi Lama


 On the way ke Kampung Tengah Sungai


 Kampung Tengah Sungai dah macam sungai


Jalan raya dah tak nampak



 Tak tahu mana sungai mana jalan raya


huhuhu...

Tapi hari ni, Alhamdulillah, kesemua mereka dah boleh balik ke rumah masing-masing. Air dah surut. Di Bau lagi teruk banjir, banyak jalan dan sekolah ditutup dan berlakunya tanah runtuh.

Sekarang ni pukul 7.35pm, hujan turun dengan lebatnya. Hatiku gundah gelana. Rasa nak ke ofis. Tapi, ada keja aku harus siapkan malam ni jugak. Aku bawak balik urusan keja ke rumah kerana perlu di hantar esok. huhu..

Harapnya, takde lah banjir lagi.

Thursday, January 6, 2011

Bahana Tudung Moden

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam...

Sebagai seorang yang beragama Islam, tak salah rasanya aku berkongsi informasi ini bersama rakan-rakan dan pembaca-pembaca yang beragama Islam. Informasi ini aku terima melalui e-mail dari seorang teman.



Terkejut, terkedu dan kelu lidah aku melihat dan membaca informasi tersebut. Sebabnya, aku pun kerap memakai tudung sedemikian fesyennya.

Masya Allah, tidak terlintas di benak fikiran dan tiada niat nak menyerupai pemakaian tudung seperti biarawati.

Ada juga aku maklumkan kepada rakan-rakan yang lain, mereka pun seperti aku, dahsyat lagi dari aku, sebab diaorang ternganga depan pc.

Aku: Aku selalu pakai tudung macam ni...

Rakan: Aku pun... Tapi, kita hanya nak berfesyen, takde niat pun nak ikut biarawati.

Aku: Ada baca.. "Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"

Rakan: Tak yah pakai macam tu lagi la... (muka blur..)

Hari ni aku pegi keja pakai tudung ariani, tapi kali ni aku tak pinkan di belakang leher. Aku pin di bahu baju je. Was-was nak pinkan di belakang leher, kang macam biarawati pulak.


**Mohon maaf sekiranya ada yang sensitif tentang isu tersebut... Hanya sekadar berkongsi informasi...

Tuesday, January 4, 2011

Supplication

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok


Muhasabah diri sendiri jap...


**Kepala pening, hari ni banyak keja laa..

PAP SMEAR BENARKAH IA MENYAKITKAN?

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
PENTINGNYA rawatan pap smear ke atas wanita yang sudah melalui hubungan seksual memang tidak dinafikan. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar tentang kepentingan ini. Kebanyakan daripadanya tidak langsung menganggap pap smear salah satu rawatan benar-benar penting dalam kehidupannya.

"Pap smear penting bagi wanita yang sudah melalui seksual aktif. Tetapi tidak ramai wanita yang sedar kepentingannya. Malah saya sendiri kurang menerima pesakit wanita yang datang ke sini semata-mata untuk menjalani ujian pap smear. Saya tidak nafikan, wanita tak mahu jalani ujian pap smear kerana rasa takut, sakit dan malu." Akui Dr. Ismail Thamby.

DILEMA UNTUK MELAKUKANNYA 

MELIHAT Spatula (alat seperti sudu itik), tidak salah kalau ada terselit rasa takut untuk menjalani ujian itu. Alatnya yang besar dan diperbuat daripada besi itu memang tidak terbayang di fikiran bagaimana cara ia dimasukkan.

Tidakkah bahagian dalam faraj boleh berdarah kerana tusukan besi pap smear berkenaan? Oh... tentu sakit rasanya. Bilangan doktor lelaki dalam bidang perbidanan dan sakit puan berbanding wanita memang tidak dinafikan. Rasa malu untuk menjalani ujian pap smear memang timbul jika pesakit terpaksa berhadapan dengan doktor lelaki. Bayangkan bagaimana hendak menutup muka berhadapan dengan doktor yang hendak memeriksa kemaluan kita! Inilah antara luahan yang sering diperkatakan oleh kaum wanita. 

Mungkin ini antara persoalan besar yang sering wujud dalam fikiran wanita sebelum melakukan ujian pap smear.
Pap smear tidak menakutkan! Tidak juga menyakitkan atau boleh mengakibatkan pendarahan jika pesakit mengikut arahan daripada doktor ketika menjalani ujian. Perasaan malu tidak seharusnya timbul dan dibuang dengan segera jika inginkan jangka hayat anda berpanjangan.

Lazimnya doktor atau pembantunya akan memberi tunjuk ajar sebelum ujian dijalankan. Dari segi kedudukan, persediaan perasaan, turun naik nafas dan sebagainya akan diberitahu supaya pesakit akan dapat menjalani ujian ini dengan selesa. Jika pesakit mengikut arahan ujian boleh dilakukan hanya untuk beberapa minit sahaja.

KEPENTINGAN PAP SMEAR

Wujud 40 tahun yang lalu dan mula diperbaharui sedikit semi sedikit dari segi peralatan, cara pengambilan sel kulit dan ujian yang dibuat. Dr. Papinocolo dapat mengesan dan mencipta alat penguji ini dan beliau dipertanggungjawabkan untuk mengesan kanser yang disyaki ada pada faraj wanita.

Bahagian permukaan pangkal rahim akan dikaji sama ada sel kulit yang menyelaputinya berubah atau tidak. Jika ia berubah dari kulit yang asal kepada yang diragui, bermakna terdapat kesan awal kanser pada pangkal rahim wanita berkenaan.

Wanita yang sudah melalui hubungan seksual secara tidak langsung terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Pap smear adalah satu alat penguji penting untuk mengesan kanser pangkal rahim dari awal.

Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dab baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Wanita yang telah mula dicemari dengan virus ini boleh membawa kepada maut jika tidak dicegah dari awal. Virus kanser ini boleh merosakkan sistem urat saraf dan memberi kesan kepada salur pernafasan.
Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi? Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:
  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.
  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.
BERAPA KALI UJIAN DIPERLUKAN?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubunga seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.
Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.
Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.
Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:
  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan.
_____________________________________________________________________

Semalam, aku half day. Pagi masuk keje, sebelah petangnya pergi Klinik Healthcare Petrajaya. Antara azam tahun 2011, buat pap smear. hahaha..

Anak dah 2 tahun, baru berani nak buat pap smear. Gerun juga bila dengar mak cerita pengalaman dia buat pap smear. Sebab gerunlah, asyik tertangguh je nak buat. haha..


Alhamdulillah, semalam dah buat. Sakit? Sakit rasanya seperti malam pertama. hehehe... Tak  sampai 5 minit. Dalam masa 1 minggu akan dapat result.


Malu? Memang le malu... hahaha.. Aku memang suka pergi klinik Healthcare, coz doktor dia baik, lembut. Dan advice dia pun superb. hehe..


Bagi siapa2 yang belum buat, pergi la buat. Sakit sekejap je... hehehe...


Oklah, takleh lama2 online, audit dalaman sedang dijalankan...


Saturday, January 1, 2011

Happy New Year 2011!

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Salam...

Selamat Tahun Baru 2011!

2011... Nak tambah anak lagi, Insya Allah, kalau ada rezeki...

2011... Nak perbaiki setiap kelemahan dalam diri ini...

2010 tinggal kenangan.. Tapi pada tahun 2010 banyak pengalaman dan kenangan manis aku alami...

Alhamdulillah...

Sekali lagi,

Selamat Tahun Baru 2011 kepada anda... :)
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting