Saturday, August 21, 2010

Cubaan... 1,2,3...

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam semua,

Sarawak Regatta 2010 yang lalu, aku ditugaskan untuk mengambil gambar. Sini, saja nak share gambar-gambar yang aku ambil. Aku, mak budak yang baru belajar tentang photography, im not a pro. Sekadar suka-suka dan ingin mencuba... :)


I took this photo semasa kami dalam kapal, ronda2 menghirup angin petang



Acara Sukan Tradisional yang dianjurkan oleh KPSU.



Jet Ski


Ini pula di Adan, tempat bermulanya perlumbaan perahu. Masa ni aku dalam kapal VVIP.



Antara pasukan yang mangambil bahagian dalam Sarawak Regatta 2010


Selepas tamat perlumbaan



Antara gimik persembahan perasmian


pemandangan... Masa ni pun dalam kapal. Ronda2 meleraikan penat-lelah.


DUN Sarawak. Over edit... hehehhe.. Actually, memang disengajakan edit melampau untuk background presentation. eheeeee..

Inilah percubaan kali pertama. Hanya mengisi ruang minat terhadap photography yang terpendam. :p

Oklah, setakat ni jer dulu. Anak manja dah memanggil. Until next entry. Salam... :)

Friday, August 20, 2010

Sungkey di Grand Margherita

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam Ramadhan..

Hari Rabu lepas, pejabat kami mengadakan sungkey bersama Tuan Residen di Grand Margherita Hotel. Kebetulan juga hari tu, department en. Edel pun berbuka puasa di tempat yang sama. Rezeki bulan puasa... hehehe..


Budak kecik ini pun ada juga... Tak sampai hati nak tinggalkan Nabihah kat rumah sedangkan mama & ayah g makan sedap2. hehehe.. :p

Officemates...





 
makan......
 
 mama & nabihah


 
 nang nyaman k makan di ctok... hehehe...


 
 Ramadhan 2010-Grand Margherita


 
 my princess

Kami bertiga lewat ckit balik sebab en. Edel masih duduk santai dengan kawan-kawan sekerja dia. Berbuka di tempat yg sama tapi aku & en. Edel makan berasingan. huhuhu... Tapi kami bertiga tetap dapat meluangkan masa bersama. Uwwww, seronoknya...

Oklah, banyak keje nak buat. Esok cuti! Cuti weekend... hehehe... :)

**Fieza, mamai_faris, bila kita nak sungkey sama? Geng2 poret bersungkey... hehehe...

Tuesday, August 17, 2010

Random

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam semua,

Pagi tadi ada mesyuarat. Dalam pukul 12.00pm baru habis mesyuarat. After mesyuarat pastinya kepala aku akan mula pening2, banyak isu maaa... hehehehe.. Untuk menghilangkan pening kepala dan saja2 malas nak buat keja, apalagi, update blog laa... hahahahah... XD

Banyak gambar2 yang tersorok dalam pendrive aku. Ni ha, aku nak share gambar2 Nabihah yang cute miut untuk tatapan anda semua especially untuk tatapan kakakku. hehe.. :)


Ni masa kat Santubong Resort bulan Mei yg lalu. Actually ada bengkel MPK dan Fail Meja. So, sapa2 ada family diberi 1 bilik, boleh bawa family sekali. Check-in free la maknanyaa.. hehehe.. 2 malam di Santubong Resort.





Inilah aktiviti en. Edel & Nabihah sepeninggalan aku pergi bengkel. Seronok dapat meluangkan masa bertiga tanpa gangguan.



Ini pulak di malam pertunangan my cuz. Siang esoknya, majlis akad nikah tp en. Edel day shift sebab tu xda pics my cuz kahwin. Masa ni Nabihah baru jer baik dari chicken pox. 

Last week, en. Edel g tau kat aku ada tiket air asia murah. RM10 jer. Sok sek sok sek, akhirnya en. Edel beli tiket ke KL untuk mei 2011. Ingatkan nak ke Bandung, tapi memandangkan Nabihah kecik lagi, destinasi ditukar. Boleh la aku kumpul duit untuk shopping nanti... Hahahaha...

Next year, bunyi mcm lama lagi kan, tapi hakikatnya masa semakin hari semakin cepat berlalu. Ni ha, dah Ramadhan, dah nak raya lagi. Masa memang pantas berlalu.

Oklah, tak boleh lama2 online office hour ni. Kalo ada story, aku update lagi. Selamat berbuka puasa.. :)

KIK Dinner

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam 1 Malaysia...

1 week b4 puasa, Unit HRDQ, Jabatan Ketua Menteri mengadakan Majlis Makan Malam Sempena Penyampaian Hadian Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2010. Majlis Makan Malam diadakan di Pullman Hotel.

Me & Syifaa

Banyak persembahan di majlis tersebut. Ada gimik dari pihak hotel, persembahan kebudayaan dari Sekolah Seni dan live band dari band DBKU.


Suasana


Syifaa, Diana & Mama_Nabihah


Posing sakan nokss. hahahhaa..


Lagi... kebosanan kami mendengar ucapan.. hahahha...

Actually, pejabat kami pada mulanya menyertai pertandingan ni, tapi at last, kami mengundur diri kerana sibuk dengan persiapan Sarawak Regatta dan aku salah seorang ahli KIK, mewakili ofis aku. Kesemua kami ada 10 orang. Insya Allah, tahun depan kami cuba nasib.

Kalo tak silap, Land & Survey johan kot. Tak ingat la, dah lama cerita ni... hehehe.. Aku baru ingat nak update pasal ni. Thanks to jojo yang sudi tolong make-up. hehehe..

Dan satu lagi nak kasi tau korang, cuti raya aku dah approve! yeayyyyyyyyyy! hahahhaha... Kami pakat ramai2 apply cuti awal. Aku akan bercuti 6-17 September. Lama betoi aku cuti. Cuti sakan nokkkkkkksss.. hehehehe...

Oklah, nanti sambung lagi cerita ye. Nak buat keja. Bye... :)

Monday, August 16, 2010

Buku Nota dan Kad Raya

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam semua..

Bulan puasa, lunch time aku stay kat office jer. Kalau tak melelapkan mata di sofa, aku akan siapkan apa2 keja yang patut. Dan kalau rajin lagi, aku kemas2 workstation aku.


Haaaaaaaa... Cam gini la rupa workstation aku. Minggu lepas, segelintir kakitangan di pejabat dapat komputer baru, termasuk aku.. geeeee.. seronoknya...

Dulu ada printer atas meja, tp memandangkan printer besau mcm giant, aku minta printer bertukar tuan. hehehe... Semenjak printer bertukar tuan, meja aku jadi luas, baru selesa aku nak buat keja.

Selepas tukar komputer, workstation aku huru-hara jadinya. Nanti-nanti la aku 5S kan workstation aku.



Pagi tadi nampak ada 2 bungkusan kat atas meja. Apa kat dalam ek..?



Tadaaaaaaaa... Ada buku nota dan kad raya. Kedua-dua dari Jabatan Ketua Menteri. Dapat kad raya dari Jabatan Ketua Menteri, dari CM youuuuuu.. Belum sampai seminggu puasa dah dapat kad raya.. hehehhee..

Buku nota tu aku simpan untuk kegunaan next year, insya Allah. Ni pun dah nak penghujung tahun. Oklah, sampai sini saja dulu coreta hari ini.Sampai jumpa lagi!
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting