Wednesday, July 31, 2013

Pakaian Wanita Menurut Islam

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat

Rasulullah saw bersabda :Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini , sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar

“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit , tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.

Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!” Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .” selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk tubuhnya nampak”

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya( terutamanyya pakaian seperti jilbab atau abaya) .

Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. 

Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ”
(Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki

Telah berkata Ibnu Abbas : “Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki” (Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian permpuan-perempuan kafir dan musyrik

8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.

-------------------------------------------------

Dengan izin Allah, saya dalam usaha untuk mempraktikkan berpakaian mengikut tuntutan syariat Islam.

Insha Allah..

Monday, July 29, 2013

Persiapan Raya

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Suasana raya dah terasa, tinggal 10 hari lagi menjelangnya Syawal.
Sob sob sob.. Sedihnya nak tinggalkan Ramadan.

Raya tahun ni saya & suami ala kadar je. Dahulukan anak2 coz sinonim la kan raya dgn budak2.
Budak2 ler yg excited, aku yg dah tua ni seronok tengok gelagat anak2 jer. Hehehe..

Alhamdulillah, keperluan anak2 semua dah ada.
Cuma nak tggu suami cuti utk shopping biskut & kek raya.
Plannya nak buat sendiri tp suami cakap beli je, iye lah kan mana nak jaga anak2 lagi.
So, sbg penasihat kewangan, saya memang plan budget utk raya. Hehe..

Rumah tak kemas lagi.
Tahun ni masih mengekalkan cat, insha Allah next year kalau ada rezeki lebih, nak tukar warna kat dlm rumah, insha Allah..

Bagi saya seronoknya raya dpt bekumpul dgn keluarga, sanak saudara, bermaafan agar silaturrahim lebih erat.

Monday, July 22, 2013

Coretan Ramadan

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Assalamualaikum..

Sunyi blog, jarang update.
Tp kalau kat IG, boleh dikatakan hari2 update. Hehe..
Tak tau nak story apa.
Takkan la asyik citer beli itu, beli ini, pakai itu, pakai ini..
Hmmm.. Takut nanti riak la pula kan.. Nauzubillah..

Mula2 berblogging, semua yg ada, semua apa yg blh buat, semua nak tunjuk.
Alahai, bila baca entry2 lama, ergh.. Rasa malu sebab rasa mcm menunjuk2. Masha Allah..

That's why la sekarang kalau nak update kene fikir 10kali nak citer apa kat blog.
Iye lah, umur pun tahun depan Insha Allah dah masuk 30series. Kene la ada story yg serasi dgn jiwa.
Tambahan pulak dah jd isteri, dah ada anak, kene la lebih matang dlm penulisan.
Itu pendapat saya la. Saya tak berniat pun nak mengata siapa2. Kalau ada terasa tu, saya minta maaf lah ye.

Oklah, memang takde idealah nak mencoret nih.

Selamat berpuasa :)

Wednesday, July 10, 2013

Kisah menjelang Ramadan al-Mubarak

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok

Assalamualaikum,

Hari ini hari pertama kita berpuasa.
Tp saya takleh puasa, bkn sbb 'cuti' tp saya baru buat pembedahan semalam.

Suatu ketika dahulu saya pernah cerita kat sini yg saya dpt rasakan sesuatu kat cik b saya.
Bila check, dikatakan milk duct.
Sehinggalah pd 2 mggu lepas, ketulan itu msh saya dpt rasakan.

Then, saya buat pap smear. Alhamdulillah result pap ok.
Dan saya dinasihatkan utk buat breast scan.
Saya buat di Normah Medical Specialist.
Ya, memang terdapat ketulan tp hanya 'bening lump' yg tidak menunjukkan ciri2 merbahaya.

Alhamdulillah, lega mendengar penjelasan doc.
Tp dinasihatkan saya perlu buang ketulan tersebut.
Saya jumpa dgn Dr. Pakar di Normah dan terus buat appointment utk minor surgery.

Syukur kpd Allah, pembedahan bjalan dgn lancar.
Semasa saya sedar slps operation, nurse bgtahu mereka keluarkan 2 ketulan.
Saya tekejut tp saya tak blh nak kata apa2 sbb kepala saya sakit disebabkan ubat bius.

Mlm menjelang Ramadan saya stay di Normah.
Hari ini blh keluar, insya Allah.
Hari Sabtu jumpa Dr.Pakar lg untuk follow up.

Saya bsyukur kpd Allah kerana memberi kekuatan kpd diri saya utk mhadapi dan melalui pengalaman ini.

Oklah, nak breakfast.
Semalam makan muntah makan muntah.
Perut sudah berlagu.

Selamat menjalani ibadah puasa ;)

Thursday, June 6, 2013

Asam Pedas Ikan Pari

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok

Salam..
Lamanya saya menyepi.

Hari ni saya mencuba masak asam pedas ikan pari.
Alhamdulillah, sedap kata anak2.
Suami keja, mlm nanti baru dpt merasa.

Saya kurangkan cili kering sebab anak2 nak mkn jugak.
Layan je tengok pic ek.. Hehe..

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting