Friday, August 3, 2012

Stock

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

2 minggu dah kita berpuasa. Tinggal 2 minggu lagi nak raya.
Pantas masa berlalu.


Saya bukan nak show off ataupun taksub sangat ek tempek gambar stok EBM.
Lagipun saya pasti ramai lagi ibu2 yang lain yang lebih banyak stock diaorang.
Saya nak kongsi sahaja.

Inilah stock EBM yang saya ada setakat ini.
Biasanya yang dikeluarkan hanya 1 botol/ bekas.
Di top-up 2 botol/ bekas.
Risau gak coz takut expired.
Ada jugak bila dah dinyahbekukan,
kaler dia jadi kekuningan, keruh.
Mungkin cara penyimpanan tak elok.
Itupun baru pagi tadi terkena.
Sebelum ini Alhamdulillah, ok je.

Dalam minggu ini memang busy. 
Dengan acara Jualan Hari Raya anjuran KPDNKK.
Memang tak lekat di ofis.
Pam pun hanya 2 sesi sahaja dapat 4 botol.
Biasa pam 3 sesi - 6 botol sehari.

Lepas ni nak ke Boulevard, hari ni bermula Jualan Hari Raya.
Semalam siap tanya dengan cust. service, mana surau,
ada nursing room tak. That lady jawab kalo dekat new wing ada.

Bukan hari2 keluarkan stock EBM.
Macam sekarang ni stay kat rumah mak, suami night shift,
memang tak sentuh EBM.

Cuti raya nanti kompom tak sentuh EBM.
Dah cuti of coz akan directfeed.

Nak cari jalan nak jimatkan space utk EBM.
Pernah gak terbaca kat satu blog, si ibu simpan susu dia dalam plastik
aiskrim utk jimatkan ruang dlm petisejuk.

Erm, 6 hari lagi Darwisy akan berusia 3 bulan.
3 bulan lagi nak cukupkan tempoh penyususan sepenuhnya.
Tapi, kalau termampu & ada rezeki, nak teruskan selama yg boleh.
Aminnnn... Insya Allah... :)


Alhamdulillah Ya Allah, aku bersyukur dengan rezeki yang Kau berikan... 

Chaiyok! Chaiyok!

Monday, July 30, 2012

Kurma Milkshake

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Hari ini saya nak kongsi resipi minuman yang boleh memberi tenaga di buln Ramadan.
Bukan sahaja memberi tenaga tetapi terutamanya kepada ibu2
yang BF, minuman ini boleh membantu membanyakkan susu anda. Insya Allah.



Susu segar dalam kotak, buah kurma & ais (optional)
Itu je bahan yang diperlukan.
Saya guna low fat milk with high calcium.

Caranya pun sangat la mudah.

Sediakan alat pengisar (blender)
Masukkan 7 biji buah kurma (buangkan bijinya)
Tuang susu, sukahati berapa banyak anda nak minum.
Ais dan kisar.

Selepas kisar nak letak ais lagi pun boleh.
Sedaaappp!



Inilah minuman kesihatan. Semua peringkat, tak kira tua muda, boleh cuba.
Ibu2 mengandng pun boleh try untuk menambahkan tenaga.
Al-maklum la ibu yang sedang mengandung cepat letih kan...

Dan kepada ibu yang menyusukan anak (BF), must try!
Insya Allah, anda perlu yakin.
Minuman ini boleh jadi milk booster kepada anda.

Chewahh... macam promosi la pulak..
hahahahah...

Ok, selamat mencuba & selamat beramal.. :)

Friday, July 27, 2012

7 Ramadhan

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Dah seminggu dah kita di bulan Ramadan bulan yang mulia.
Mesti dah ada yang sibuk buat preparation untuk raya.

Tahun ni budget raya saya boleh tahan.
Mana taknya, kek & biskut tunjuk je.
Nak buat takut tak terluang masa sebab lately ni
Darwisy asyik nak "bergantung" je. hehehe...

Untuk rumah, rasanya takde la nak tukar warna cat & everything
sebab baru setahun jagung kan dok rumah sendiri.
Baju-kasut raya anak-anak, belum lagi.
Bila raya, anak-anak lah yang seronok, walaupun anak-anak saya kecik lagi,
tapi saya yg seronok nak sediakan barang2 diaorang.
hheheh...

Actually, hari ni mood saya tak baik.
Bila janji tak ditepati... Penipu la!
Tapi saya malas nak ikutkan hati.
Sebab tak nak stress takut effect pengeluaran susu.

Saya akui pengeluaran memang tak seberapa since bulan puasa ni
tapi hasilnya cukup untuk Darwisy.
dan tempoh Darwisy nak "ngulat" adalah rapat,
sejam sekali dan paling2 pun 2 jam, itu normal.


Menyusu melalui botol, Darwisy macam tak berapa minat.
Minum sikit, sayang tengok selebihnya kena buang.
Bila mengulat, 1 jam pun si Darwisy tahan stand kan mulut dia kat cik B.
hahahahha... Alahai anak... :)

Stok EBM saya tak guna lagi. Freezer pun dah nak full.
Positif Nyza! Positif!!

Oklah, saya takde idea nak mengarang, chewaahh... mengarang kata kau.. haha..
Selamat berhujung minggu & selamat bersungkey  :)

Tuesday, July 24, 2012

Ramadan 2012

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,

Masih tak terlambat lagi saya nak ucapkan selamat berpuasa
kepada muslim reader blog usang ini.
Eh, ade ke reader? ngeh ngeh ngeh...


Hari ini dah hari ke-4 kita berpuasa.
Saya puasa half day je. Serius, saya tak tahan lapar.
Nak2 lagi di pejabat, setiap 3 jam saya pam susu.
Takper, slow2. Ini pengalaman pertama menyusu di bulan mulia.

Baru 4 hari puasa, saya dah siap order biskut. hahah.
Tahun ni raya. biskut & kuih main tunjuk je.
Walaupun saya rindu sangat nak buat biskut & kek.
Itukan hobi saya.
Tapi, tangan tak cukup maaa..

Salute lah dengan ibu2 yg pandai manage masa & kerja.
Saya masih fail lagi especially time management.
Asyik masuk lambat je ke pejabat.
miahahaha...
Nasib baik manager faham, kalau kena yg tak faham?
Mampussss... :p

Oklah, sangat busy. Rasanya memanjang busy bulan ni.
Nanti2 update lagi yer...
Byee.... :)

Friday, July 20, 2012

Cabaran

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam,

Esok dah puasa dah. Seronok.
Dalam keseronokan saya yang nak sambut Ramadhan, saya risau juga.
Ini 1st time saya menyusukan anak di bulan puasa.
Ramai bagi feedback, menyusu & mengepam di bulan puasa ni sangat2 lah letih
dan kadang2 susu keluar sikit saja.
Saya tak tahu la sebab takde pengalaman ataupun itu mainan minda diaorang saja.
Sebab ada jugak terbaca, bila puasa, susu semakin bertambah.

Penyusuan ibu ni kan memang berkait rapat dengan mental & emosi ibu.
Dan juga konsep demand & supply.
Takkan la tak puasa disebabkan alasan nak menyusukan anak.
Tambah2 insya Allah boleh dapat habiskan puasa sebab lum period lagi.
Hmmm... risau lahhh..

Breastfeeding memang banyak cabaran.
Tiada sokongan itu salah satu cabaran.
SUAMI kena bagi sokongan penuh kat isteri untuk breastfeed.
Kena ingat, susu ibu yang anak minum itu adalah ciptaan ALLAH SWT, suci & bersih.
Susu ibu senang dihadam sebab itu setiap 2 jam anak akan menyusu.
Bukan kerana anak tak kenyang!!
Suami sepatutnya berbangga kerana isteri mahu menyusukan anak.
Dapat save cost, tak yah nak bajet2 nak beli susu tin.
Lagipun niat isteri nak BF anak adalah niat yang murni,
jadi, suami... pls... sokonglah isteri anda.

Macam saya pulak, bila en. suami keja malam, saya & anak2 stay kat rumah mak.
Petiais kat rumah mak memang penuh.
Saya ulang-alik hantar susu ke rumah malam-malam sebab petiais umah mak tak cukup
nak menampung stock susu saya.
Penat! Tapi demi anak, saya sanggup ulang-alik.

Tak cukup tidur. Itupun cabaran juga.
Saya mengaku dalam berpantang, penat, tak cukup tido, tak cukup rehat,
saya marah bila baby sekejap2 nangis nak susu.
Dah marah, nangis pulak sebab macam tak ikhlas pulak kasi anak susu.
Kemudian saya fikir balik azam saya, saya cool balik.
Alhamdulillah setakat ni dah jadi rutin dah bangun malam2 dan tak mengeluh lagi.
Bila dengar anak menangis nak susu, semangat bangun walaupun mata tutup & mamai2. heheh..

Di pejabat, Alhamdulillah, rakan sepejabat & manager faham.
Nak2 lagi dalam unit, saya sorang je perempuan.
Takut jugak kalau diaorang naik menyampah sekejap2 saya minta diri nak mengepam.
Tapi so far, takde isu pun.. :)

Public area! Itu pun cabaran.
Tapi saya ada beli nursing cover.
Saya tak kesah nak Bf kan anak di shopping mall.
Saya berbangga lagi ada.
Tapi biasanya en. suami yang gabra takut orang nampak cik B saya.
Nursing wear kan banyak jual, takyah nak risau.
heheheh...

Kalau boleh saya memang elakkan diri saya dari stress.
Tekanan, sedih memang effect pengeluaran susu.
Insya Allah, saya boleh.
Kawan2 semua, anda sokonglah usaha saya, ok... hehehe...
Saya support breastfeeding!! :)

Akhir kata, Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak!!
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting