Thursday, July 19, 2012

Rezeki Anak

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Syukur Alhamdulillah hasil mengepam pagi tadi membuatkan saya senyum sampai telinga.
Semoga diteruskan & bertambah-rambah SI untuk anak yang tercinta.




Untuk simpanan stock di masa akan datang.
Usaha tangga kejayaan.
Semoga akan dapat hasil yang banyak lagi.
Chaiyok! Chaiyok!
I can do it!!!
Dengan izin Allah.
Insya Allah... :)

My Breastfeeding Journey

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Terasa suasana nak sambut Ramadhan, seronoknya.
Ok, nak share perjalanan breastfeeding saya.
Setakat ini, Alhamdulillah masih lagi fully breastfeeding Darwisy.

Hari bekerja, sebelum keluar bekerja, dalam pukul 6.30am or 7.00am,
saya akan direct feeding Darwisy.

Then, pukul 9.00am saya dah mula mengepam.
Setiap pagi, hasilnya 4-5oz untuk kedua-dua cik B.


Inilah hasil setiap pagi

Di pejabat, saya pam setiap 3 jam. 
1st pam, awal pagi kan, cik B memang penuh, so Alhamdulillah dpt 4-5oz.
3 jam kemudian, Alhamdulillah dapat 3 oz. 
3 jam kemudian lagi, dapat 3-4oz.
Dalam entry sebelum ni saya ada menyatakan, berapa auns dapat tu tak penting.
Janji ada rezeki untuk anak tersayang.
Usaha tangga kejayaan dan sentiasa percaya & practice Demand & Supply Concept.
Insya Allah.

Saya harap hasil mengepam akan berkekalan dan sentiasa ada dan bertambah-tambah.
Cemburu tengok ibu-ibu yang berjaya pam hingga hasilnya 9oz.
Tabik spring la saya!


Hasil mengepam pagi, saya akan masukkan dalam freezer untuk dijadikan stock.
Sebabnya Darwisy minum hanya 2-3oz sahaja. 
Sedih tau kalau dapat 4oz tapi 2-3oz saja diminum, selebihnya buang.
Seperti buang nyawa. huhu..
Bermula jam 6pm, sebelah malam dan weekend, saya DF.

Insya Allah, saya akan usahakan untuk BF Darwisy selama yang boleh.
SI banyak khasiatnya.
Lagipun dalam surah Al-Baqarah, ibu-ibu diwajibkan menyusukan anak 6 bulan pertama
dan hingga anak berusia 2 tahun sekiranya nak menyusukan.

Oklah, dah lewat malam. Nak tidur, esok kerja. 
Gud nite!

Tuesday, July 17, 2012

Kakak & Adik

Coretan M.A.M.A 5 Ngabas Sitok
Salam,

2 hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia.
Tak lama lagi rayaaa!!
hehehe...
Puasa belum, dah sibuk nak raya.. :p

Tadikan, saya godek2 album lama.
Album Nabihah masa bayi dulu.



edelnyza.blogspot.com

Ini gambar Nabihah masa dia umur 2 bulan. 



edelnyza.blogspot.com

Ini gambar Darwisy umur 2 bulan.


Eh, sama la muka...
Dah nama adik beradik kan, mesti la seiras... hehe...
Cincang air takkan putus.
Cuma Nabihah terserlah wajah kemanisan dia,
dan Darwisy juga terserlah ke-hansome-man dia.. hahaha..
Maksud dia, Nabihah air muka dia memang nampak baby girl,
dan Darwisy pulak memang nampak la baby boy.

Tak sangka, dah 2 dah anak saya. Tahun hadapan 3 kot. Miahahaha.. Pengsan Mak saya... :p

Ok, nak sambung buat keja. Still blur lagi ni, refresh balik otak. hahaha..
Daaaa~

Saturday, July 14, 2012

Dua Bulan

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,
Alhamdulillah Darwisy dah pun 2 bulan dan Alhamdulillah masih lagi fully breastfeeding.
Saya dah masuk bekerja balik hari Khamis. Di pejabat saya pam setiap 3 jam. 
Alhamdulillah setakat ni ada rezeki anak walaupun kadang2 dapat 4oz, kadang2 dpt 2-3oz.
Berapa auns tu tak penting. Yang penting niat, usaha & doa. Sentiasa fikir positif.
Bagus jugak azam nak BF anak coz boleh disiplinkan diri untuk mengamalkan makanan seimbang.
Pengambilan makanan seimbang membantu dalam pengeluaran susu.

As for me, saya minum susu Mamil Mama - susu untuk ibu mengandung & menyusu.
Saya minum horlicks panas ataupun milo panas.
Air kosong/ air suam - paling2 pun 8 gelas sehari.
Saya akan pastikan saya makan sayur hari-hari.
Makan kurma - as jajan harian.
Inilah usaha supaya pengeluaran susu saya produktif. Insya Allah.
Tapi kena pam jugak, kena direct feeding jugak kasi signal dekat otak untuk refill cik B. heheheh...
Minda pun mesti relaks, hati tenang, insya Allah, ada rezeki utk anak... :)
Dan yang penting juga, sentiasa amalkan Demand & Supply Concept.
Doa! Doa! Doa! Insya Allah.. :)

Saya harap saya dapat menyusukan Darwisy at least hingga 6 bulan. 
Tapi azam saya kalau boleh hingga umur Darwisy 2 tahun. 
Tambah seronoknya bila ada geng yang sama berazam, lagi semangat berkobar-kobar, betul sik Puan Mira? hehehe...

Saya ada 2 pump (oh, kejeronnya.. :p) 
Satu pump guna bateri (Pureen) dan satu lagi pump manual (Unimom Mezzo). 
Tapi yang manual pump tu tak guna lagi.
Alhamdulillah setakat ni guna yg pureen tu, ada hasilnya.

Saya dah pasang niat nak beli dual pumping. 
Tengok budget dulu, kalau ada rezeki lebih, why not (mata kebil-kebil).

Next Friday puasa dah. 
Risau tu ada sebab takut macam mana la production nanti... 
Saya ni dah terpengaruh dah, taksub sungguh dengan susu ibu ni. hehehe...
 Takper, yang penting NIAT!! 

Ok, long entry ni. 
Ini nak cerita pulak check-up Darwisy hari Rabu lepas. 
Check-up 2 bulan. 
Berat dia, Alhamdulillah, dari 4.5kg(sebulan) naik ke 5.7kg. 
Tapi nurse kata naik tak berapa cantik siap advice saya kasi FM. 
Berderau darah saya sampai saya jeling nurse tu. 
Oklah naik 1.3kg dalam masa 1 bulan kan. 
Kita nak fully BF anak, dia soh pulak kita kasi FM kpd anak. 
Siap kata susu saya ni sikit sebab tu berat anak naik tak berapa cantik. 
Haiyo!!! Malas nak layan.. huh!

Darwisy dah pandai communicate, ketawa, senyum.

edelnyza.blogspot.com

edelnyza.blogspot.com

Inilah Darwisy yang berusia 2 bulan. hehehe..


edelnyza.blogspot.com

edelnyza.blogspot.com


Kakak dan adik. Seronok tengok anak-anak membesar. 
Jap, nak lap air mata, tetiba sayu... hahahaha... :p


edelnyza.blogspot.com

Nabihah, anak sulung saya. Next year masuk tadika. 
Semakin seronok saya sebab nak rasa pengalaman hantar anak ke tadika/ sekolah. hehehe.

Oklah, nanti cerita lagi.
Selamat berhujung minggu!! :)

Saturday, July 7, 2012

Hello.... :)

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam....

Bersawang blog saya ni, lama tak update. Busy jaga anak-anak. Best sangat dapat luangkan masa yang lama bersama anak-anak w/pun hari-hari gaduh dengan Kakak Bihah. Semakin menjadi perangai dia. Budak manja.... :)



Cooler bag & milk storage. Persediaan untuk dibawa bersama bila bekerja nanti. Minggu depan saya dah mula bekerja setelah long holiday. Setakat ni stok susu ada, tapi tak banyak sangat.

Terima kasih kepada rakan bolg saya juga rakan seperjuangan saya (rakan seperjuangan support BF) iaitu Puan Mira kerana banyak kongsi ilmu & website untuk BF.

Azam saya nak BF Darwisy hingga 6 bulan dan kalau boleh lebih dari itu. Khasiat susu ibu tiada tandingannya. Selain dari keperluan BF, saya juga perlukan sokongan terutamanya sokongan padu dari keluarga untuk membantu usaha saya utk capai azam saya.



My boy... Isnin ni genap 2 bulan usia Darwisy. Belum lagi saya masuk kerja tapi saya dah sayu nak tinggalkan anak-anak dengan Nenek. How i wish duduk kat rumah je jaga anak sepenuh masa........

Darwisy dah bangun, dah ngek-ngek nak ngulat. Saya mupok dahulu yerrr...  Selamat berhujung minggu... :)
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting