Monday, March 12, 2012

Kontraksi Braxton's Hicks (BH)

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxton’s Hick dan salah satu simtom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.

Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972. 

Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.

Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.


Bagaimana Rasanya Kontraksi Braxton Hick Ini?

Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segilintir yang merasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.

Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.

Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari.

Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila:
  • Bayi bergerak dengan aktif
  • Semasa senaman atau membawa barang berat
  • Mengurut perut
  • Semasa hubungan seks
  • Dehidrasi


Apa Yang Membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran Sebenar?

Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Ini adalah perbezaannya:
  1. Kontraksi BH tida menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya
  2. BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
  3. Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma tidak selesa tidak sebagaimana sakit bersalin

 

Tip Untuk Kekal Selesa Semasa Kontraksi BH

  1. Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang
  2. Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan
  3. Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebakan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH
  4. Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
  5. Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.



**Sedang BH... 

Wednesday, March 7, 2012

Rindok ati.... :)

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, kandungan saya dah masuk 29 minggu hari ni. Last friday g check-up, berat naik 2 kg. Scan baby, Alhamdulillah, baby dalam keadaan baik, berat baby dah 1.2kg. Nak scan 3D, insya Allah, tengok dulu next check-up macam mana. :)



Kakak Bihah yang semakin hari semakin menggedik dan manja. Bila saya nak pergi kerja, ada la Kakak buat muka. Selalu bisik kat telinga Nabihah, "Mama kerja, nak kumpol duit, insya Allah, Mama nak bisnes sendiri suatu hari nanti... Insya Allah.. Amin.. "


Ok, sekarang ni muka saya memang ada senyum sebabnya en. Edel dapatkan electric oven untuk saya!!! Yihaaaaaaaaaaaaa!! Saya memang suka buat kuih, or try masakan western. You know la western, most of the recipe guna oven kan. hehehe..




Eh, lagi sebulan birthday saya, oh, nampaknya saya dah dapat advance birthday present dari suami tercinta. hehehe... Terima kasih, Sayang... :)



**Sik sabar nak molah potato gratin... ngeeee.. :p

Tuesday, March 6, 2012

Coretan di malam hari

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Lately ni saya selalu kena attack "lelah". Banyak bergerak ckit, dah semput.Gaduh dengan Nabihah pun boleh semput, sesak nafas.

Ada masanya saya boleh tahan, tapi ada ketikanya saya "kalah" dan terbaring mencari udara.Pernah sekali, saya sorang2 kat ofis, saya termengah-mengah. Saya tahan, tahan and sharp pukul 5pm, saya kemas barang then drive laju ke rumah mak nak ambik Nabihah. 

Sampai di rumah mak, terus naik bilik, terbongkang atas katil, sesak nafas; tarik nafas, hembus, tarik lagi, hembus....... dan saya kosongkan minda saya, pejam mata & saya terlena seketika. Bila tersedar, senja dah, boleh bernafas seperti sedia kala. Balik rumah, taknak bagitahu en. Edel, taknak susahkan hati dia sebab saya dah banyak "menyusahkan" dia.

Since 2nd trimester, en. Edel ringan tulang bantu saya kemas rumah, cuci pakaian, memasak..... Dan saya, asyik penat & tak larat. Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana Dia mengurniakan saya seorang suami yang bertanggungjawab.

Setiap pagi pulak, liat sungguh saya nak bangun dari tidur yang lena. Selalu jugak masuk ofis lewat tapi balik pun lewat, nak ganti masa la katakan... hurmm...

Saya dah inform kat rakan2 seunit saya, yang bulan ini saja saya boleh push diri saya untuk kerja kuat. Hujung bulan ni, kandungan dah masuk 8 bulan, check-up pun dah mula 2 minggu sekali. Saya nak bagi ruang kepada diri saya sendiri untuk fokus dengan kandungan & kesihatan saya. Doktor pun cakap, bila kandungan dah 8 bulan, dah boleh bersedia untuk bersalin pada bila-bila masa walaupun estimate 40 minggu.

Saya rasa rakan2 seunit saya memahami keadaan saya & saya harap pihak pengurusan pun boleh faham. Bukannya saya nak bermalas-malasan tapi saya perlukan ruang untuk berehat dan fikirkan kesihatan diri sendiri dan juga bayi saya yang saya kandungkan.

Dan saya juga cepat melenting dah sekarang. Saya tak suka menerima arahan yg tak masuk akal. Orang tinggi suara ckit, tone saya sepuloh kali tinggi. Orang perangai kurang asam dengan saya, saya limaploh kali kurang asam. Sampaikan ada seorang rakan seunit saya bersuara:

"Kak, kin ari kin garang kitak... Takut mek nangga kitak kak... Mbak ilek2 bah kak... Nak manas jak2"

Bila dengar statement tu, rasa nak gelak pun hado. hehehe... Melenting ni bukan saja nak melenting tapi si luar kawalan saya. Entahlah labu....

Oklah, saya nak rehat dulu ek. Nabihah pun lena dah tido kat sebelah. en. Edel pulak OT nite shift. Gudnite all..... :)

Friday, March 2, 2012

Gelagat anak di pagi hari.. :)

Coretan M.A.M.A 1 Ngabas Sitok
Salam,

Nak citer pagi semalam sebelum turun hantar Kakak ke rumah nenek.

Saya bangunkan Nabihah awal. Dah bangun, Nabihah tengok tv, Hi-5.

Saya pulak sibuk kemaskan barang2 Nabihah yang perlu di bawak setiap kali ke rumah nenek.

Then, bila saya dah siap berkemas, saya tengok Nabihah, ingatkan nak suruh dia pasangkan kasut dia, alih-alih...............




Amboi............ sambung tido.......... hehehehhe... comel anak mama... 



Ala kesian.... Setiap kali nak turun kerja, saya sedih tau mengenangkan anak yang ditinggalkan. huhu..

Dah besar dah anak mama ni... Macam2 je kerenah dia, hehehe..

Oklah, saya nak balik. Yeay!!! Hari ni saya half day je, nak g klinik nak check-up 7 month! :)




**Prepare list barang baby yang perlu di beli... :p

Thursday, March 1, 2012

Senaman Kegels

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Senaman ini adalah sesuatu yang harus dipelajari oleh setiap wanita mengandung kerana ia bukan sahaja mudah dipelajari malah boleh diamalkan di mana-mana sahaja. Senaman Kegels cuma memerlukan sedikit usaha namun ia memberi begitu banyak manafaat, anda sememangnya tidak mempunyai sebab untuk tidak mempelajarinya. Senaman ini menumpukan kepada otot pada pelvis, menolong menguatkan salur kencing, pundi kencing, rahim dan usus rektum.
 
Wanita hamil digalakan mebuat senaman ini kerana otot pelvis yang kuat akan menolong melancarkan kelahiran terutama semasa proses meneran. Lagipun, ia mengurangkan risiko untuk berlaku koyakkan semasa bersalin.

Semasa pantang, kegel boleh menolong anda pulih dari luka episiotomi dengan lebih cepat, menolong mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot plevis anda.
Manfaat kegel bukan berhenti setakat itu:
  • Ia boleh mengelak dari mendapat rahim jatuh (prolapse) dimasa hadapan
  • Memudahkan anda mengalami klimaks semasa seks
  • Mengurang buasir

 

Bagaimana untuk membuat senaman Kegels?

Ia cukup senang dibuat:
  1. Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing
  2. Tahan selama 2-3saat
  3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat
  4. Buat 25 kali setiap kali tiga kali sehari pagi petang atau malam tidak kira dimana anda berada, sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya. Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.
  5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.


**Kepada ibu-ibu yang hamil, selamat mencuba.. :)

 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting