Saturday, October 29, 2011

Gestational Diabetes

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam,

Hari Rabu lepas saya pergi ke Klinik Jawa untuk buat test glukosa (gula dalam darah) dan talassemia. Alhamdulillah, untuk talassemia, darah saya normal. Tapi, untuk glukosa, saya menghidap kencing manis semasa mengandung (Gestational Diabetes). Kebiasaannya, selepas bersalin, kandungan gula akan kembali normal. 

Pukul 8.30am Pegawai Makmal ambik darah saya, banyak! Keputusan 5.44, selepas 2 jam, ambik lagi darah dan keputusannya 10.91, memang tinggi kandungan gula dalam darah saya. Adalah tidak baik untuk ibu2 mengandung.

Saya perlu pergi ke hospital setiap 2 minggu untuk buat BSP. 7 kali sehari. Cek darah, cucuk kat jari, di mana, test mula jam 8am, lepas tu pukul 10am, lepas tu kol 11am, lepas tu kol 1pm, then pukul 5pm, seterusnya pukul 7pm dan akhir sekali pukul 10pm.

Jom, kita sama2 kongsi apa itu kencing manis semasa hamil.
     ________________________
Ramai wanita mengalami kencing manis semasa hamil. Ia adalah keadaan dimana badan kita tidak berupaya untuk memproses gula dalam badan, menyebabkan badan tidak dapat makanan yang secukupnya. Sekiranya kencing manis tidak dirawat, ia boleh menjadi serius dan membahayakan bayi dalam kandungan. Sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik, bayi mungkin menjadi terlalu besar dalam rahim meyebabkan kesukaran untuk melahirkan dan boleh menjurus kepada pembedahan ceasarean.

Wanita yang mempunyai risiko selalu diuji samada mereka mengalami kencing manis atau tidak selalunya pada kandungan 28 minggu. Pada masa ini uri mengeluarkan hormon dengan banyaknya dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.

 

Risiko-Risiko

Beberapa faktor yang boleh menjurus kepada kencing manis semasa mengandung. Anda akan mempunyai risiko yang tinggi sekiranya:
  1. Anda pernah mengalami kencing manis semasa kandungan terdahulu.
  2. Berlebihan berat badan
  3. Wanita yang lebih berusia
  4. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi
  5. Wanita yang pernah menlahirkan bayi 4 kg keatas
  6. Wanita yang mempunyai ayah dan ibu yang mengidap kencing manis (Both my parents ada history)


Masalah kencing manis semasa mengandung

Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah. Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal.

Permasalahan yang mungkin puan hadapi sekiranya puan berisiko untuk penyakit kencing manis semasa mengandung:

- Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian bahu meningkat.

- Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem dalaman organ. Kematian juga boleh berlaku pada janin.

- Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

- Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi kencing akan merebak ke buah pinggang.

- Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

- Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis gagal dikawal. Ini termasuklah keguguran. 

Bagaimana Ia Dirawat?

Anda perlu mengawal tahap gula dalam darah. Ini dilakukan dengan mengamalkan diet yang optimal. Kurangkan pengambilan karbohidrat sementara makan makanan yang mengandungi banyak vitamin dan zat galian, seperti sayur-sayuran dan bijirin. Amalkan senaman setiap hari.

Sekiranya gula masih tidak dapat dikawal, doktor mingkin menyarankan pengunaan insulin. 97-98% wanita yang menalami kencing manis semasa mengandung akan kembali normal selepas bersalin. Walaubagaimana, segelintir dari mereka mempunyai risiko untuk mengalamikecing manis semasa lebih berusia. Sekiranya anda mampu untuk mengawalkan kencig manis ini semasa hamil, peluang untuk mendapat anak yang sihat adalah tinggi.


Penjagaan kandungan
 
Semasa trimester pertama, ujian darah khas seperti darah hemoglobin berglikosi boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan satu kemungkinan. Puan juga mungkin dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan ultrasound pada minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang kecacatan pada janin.

Pemeriksaan antenatal lain seperti yang dijalani ibu-ibu yang mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mungkin lebih kerap sedikit kerana doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain dikenal pasti.


Kelahiran

Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah puan stabil, saiz bayi biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara normal.

Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain diawasi dengan teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal, berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh masanya.


Penjagaan selepas mengandung

Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yang mungkin berlaku seperti:

- Paras gula darah yang rendah
- Paras kalsium dan magnesium yang rendah
- Peningkatan bilangan sel-sel darah merah
- Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning
- Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung puan terkawal. Tidak ada halangan juga untuk puan meneruskan penyusuan badan untuk bayi.

Puan boleh mengamalkan mana-mana kaedah kontraseptif yang ada. Sekiranya puan mengandung dalam tempoh dekat, puan mungkin mengalami kembali diabetes gestasi.


Pengawalan paras glukos

Sejurus selepas bersalin, puan tentu merasakan keletihan yang amat sangat. Pada masa tersebut sekiranya puan belum makan atau minum apa-apa, regim insulin boleh diteruskan. Insulin diberhentikan sebaik sahaja puan mengambil makanan atau meminum minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula puan masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah puan kembali normal, puan perlu ingat yang puan adalah lebih berisiko untuk mendapat kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor.


Pengawasan berat badan

Tidak digalakkan puan menurunkan berat badan atau berdiet terlampau semasa tempoh mengandung. Selepas bersalin, puan bolehlah meneruskan agenda menurunkan berat badan dengan bersenam serta cara pemakanan yang betul. Perlu diingat yang puan juga akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menjaga bayi kesayangan yang baru sahaja lahir ke dunia.
      _________________________
So, from now on, saya kena mengamalkan makanan seimbang. Serius, saya bimbang dengan baby saya. Saya nak baby lahir nanti sihat walafiat. Oklah, saya nak rehat sebab esok saya dah start BSP. Doakan saya! Thanks! :)

Tuesday, October 25, 2011

Mangga oh mangga...

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam...

Lamanya tak update..

Kekeringan idea dan busy sangat. Serius busy ok, kalo kat ofis, dalam seminggu, mungkin dalam 2 hari jek sempat nak bw & update. Itu pun kalo sempat... hehehe.. :p



Sedappp...

Seronoknya di awal pregnancy ni sebab kena pulak musim buah. Bila mengidam buah tu, boleh makan, mengidam buah ni, boleh makan.. hehehe...

Sekarang ni saya tengah mengidam Hartz tau! hahaha.. Weekend ni saya terjah! Sapa mok ekot?? hheheh..

Lepas tu rasanya nak terjah Kenny Rogers. Lamanya tak makan kat situ.. hehe..

Pregnant kali ni lain sikit dari zaman mengandungkan Nabihah dulu. Kalau dulu teruk alahan saya tapi kali ni Alhamdulillah, saya takde la morning sickness sangat. Cuma belah petang2 tu, sakit kepala dan kurang selera makan. Lately ni saya selalu kena serang oleh gastrik. Nak tak nak, selera atau tidak, saya paksakan diri saya makan. Cian baby.. hehehe..

Oklah, nak sambung kerja. Ada kertas kerja nak disiapkan hari ni. Esok saya cuti sebab ada appointment di Klinik Jawa, test glukosa & talessimia screening. So, maknanya malam ni saya perlu berpuasa dari pukul 10 malam sampai la darah saya di ambik pagi esoknya, then baru boleh makan.. huhu..

Ok, saya keja dulu.. :)

Thursday, October 13, 2011

8 weeks

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Your little one is now about the size of a raspberry but certainly acts a lot more like a little jumping bean with all of the moving about that he is doing. Eyelids are developing and will have almost completely covered what will become those baby blues that you will stare into for hours on end. Tiny hands and feet have developed from the arm and leg buds; little webbed toes and fingers will be visibly protruding from these hands and feet that you will find so adorable!

Baby's tail-shaped appendage is slowly but surely disappearing so that your little one will soon look more like a baby human than like a tadpole! The organs that will allow your baby to breath in oxygen and carry it to his lungs are starting to develop from his throat down to the branches of what will develop into a set of healthy lungs.

In his forming brain, neural pathways are starting to develop at a rapid pace so now is the time to beef up your prenatal vitamins if you are not already taking them.

Monday, October 10, 2011

Angin KusKus

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam,

Since jumpa doc pada 26 Sept yang lepas utk pengesahan kehamilan, mood saya tak berapa baik. Saya cepat marah, cepat melenting, cepat tension. Di pejabat, saya lebih suka mendiamkan diri saya. Bab keja, saya bercakap, kalo takde keja, saya dok diam. 

Tambahan pulak, semenjak dua menjak ni ada konflik politik pejabat. Susah bekerja kalau kiter je nak jaga perasaan org, kalau kiter je nak faham keadaan orang tapi orang itu ikut je sesedap hati sendiri, tak fikir keadaan & perasaan orang sekeliling. That's y saya lebih suka dan selesa tak bercakap, dan saya hanya bercakap dengan orang yang saya senang bekerja sahaja.

Lately ni jugak, Nabihah memang tak boleh jauh dari saya. Kalau saya bekerja, dia faham. Tapi, kalau di rumah, nak makan, nak mandi, nak cuci bontot, nak buat susu, nak tido, semuanya... "MAMA". Ayah dia dok offer diri nak buat semua tu pun, Nabihah taknak, dia nak MAMA jugak yang buat.

Dan, ada harinya saya makan banyak, ada harinya saya makan sambil merungut2, rasa nak ngangis pon ada sebab apa yang saya makan tu tak masuk kat tekak. Saya cepat penat, saya cepat moody. 

Hari ni saya tak sedap badan dan saya malas sangant nak bekerja tapi saya pergi kerja sebab lusa saya plan nak half day coz saya nak g jumpa doc lagi nak scan utk saya pergi buat pendaftaran di klinik ibu & anak next monday. 

Pening! Pening! Ni, kalo ada yang buat hal dengan saya, siap le kena lenting... Oklah, saya nak sambung keja, walaupun malas tapi harus rajinkan diri ini. Kang keja tak siap, siapa nak menjawab dengan bos?? hehehe...

Ok, selamat berhari isnin... :)


** 7 weeks pregnant.. :)

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #1

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok



**Alhamdulillah.. Syukur Ya Allah... :)
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting