Friday, January 21, 2011

Si Cantik

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam..

Hari ini aku cuti. Saja je ambil cuti nak rehatkan badan & minda. Bos masih travelling lagi, aku sms je bagitau aku cuti, lagipun suma keja dah settle.

Semenjak dua menjak ni, tak seronok rasanya nak pergi kerja. Ntahlah. Agaknya sudah menjadi budaya sekarang, rakan sekerja tak boleh dipercayai. Suka main tikam belakang. Suka menganiaya sesama sendiri, sesama Islam. Entahlah.. Semakin hari semakin menjadi-jadi sikap dengki diaorang. Aku beserah je, Allah maha Mengetahui dan biar Allah saja yang membalas perbuatan mereka.

Dah! Tak nak emo-emo, hari ni kan hari Jumaat. Ok, back to topic, Si Cantik, tak lain dan tak bukan Nabihah ler. Sapa lagi nak puji anak kalau tidak mamanya.. hehe.. Sekarang ni, perangai manja & nakal si cantik ni menjadi-jadi. Aku tegur sikit je, mulalah nak drama queen. Peguam bela iaitu Atok & Nenek akan pujuk Nabihah, tu lah makin manja.

Jom layan gambar...


 Nabihah with her cousin, Kakak Yaya



 @ Boulevard

Lama dah gambar ni, mama nabihah baru teringat


 Menunggu pizza


 Senyum...


 Nabihah & cousin, adek Zidan (adik Yaya)


 Ni baru je pagi tadi. Orang duduk kat kerusi, Nabihah duduk atas meja.


 Boleh menari-nari pulak tu


Peguam bela @ atok kat blakang rilek je, aku yang membebel. Bebel ponn sempat snap gambar, bukan apa, saja nak tunjuk kat Ngah Ijot dia.

To my sis: Berolah sik anak buah ko tok? ehehe...

Oklah, rasanya nak kena berhenti ni. Nabihah "uk, uk".. hahahaha..

Happy Weekend!


**Tengok tickers hari ni kat atas nun: Nur Izzah Nabihah is 2 years, 2 months & 2 days old dan Edel  & Nyza have been married for 3 years, 3 months and 3 days.

Thursday, January 20, 2011

Tiramisu

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam..

Semalam, balik keje, gigih aku ke dapur. Dalam dua hari lepas, memang gigih sangat aku ke dapur. Biasanya balik keja memang tak bertenaga lagi nak buat keja2 di rumah. huhu...

Hari sebelum semalam, aku masak kerang & udang untuk makan malam. Maaf ek, takde ambil gambar, perut lapar, tak kuasa... 

Malam tadi aku buat tiramisu. Lama dah tak buat.... Rindu la pulak... hehehe...

Maaf ye nampak sememeh. Pagi tadi aku bangun lambat, berebut pula nak turun keja, jadi bila potong tu tak hengat nak potong cantik2, kemas, jadinya... sememeh. Sememeh punnn.. tetap sodaaaaapp noks.

Nabihah suka, sebelum pergi keja tadi sempat suapkan Nabihah & what she said,

"mama, mmm, shedaaaaapp"

Sebelum-sebelum ni aku guna jejari biskut tapi untuk kali ni aku guna sponge kek. Nak resipi?

1 biji sponge kek atau apa2 kek. 

250ml krim putar

250gm krim cheese (aku guna Philadelphia)

1/2 gula halus (depends ya, kalau nak manis boleh tambah sikit)

1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)

1 sudu makan sebuk nescafe (serbuk kopi lain pun boleh)

serbuk koko untuk hiasan

Cara membuat:

Pukul krim cheese + krim putar dan gula hingga kembang, takde ketul-ketul.

Sponge kek dipotong dua bahagian (terpulang ek, nak potong kiub pun boleh)

Masukkan 1 bahagian kek ke dalam mangkuk kaca keserol

Letakkan air kopi yang dah dibancuh (tuang dengan sudu ke atas permukaan kek)

Kemudian letakkan dan ratakan adunan krim cheese di atas kek

Lepas tu, letakkan 1 bahagian kek lagi di atas lapisan krim cheese

Ulang lagi dengan bancuhan kopi

Letakkan dan ratakan adunan krim cheese lagi

Ratakan cantik-cantik

dan taburkan serbuk koko di atasnya

SIAP!

Masukkan ke dalam peti sejuk dan dibiarkan semalaman.

Senang je kan.

Selamat mencuba!

Wednesday, January 19, 2011

Bakat

Coretan M.A.M.A 3 Ngabas Sitok
Salam...

Hari ni, esok dan lusa boleh berjimba di ofis sebabnya bos traveling. hehehe.. 

Tadi cek satu-satu folder, nampak ada gambar Nabihah yang posing comel. 

Anak aku ni memang ada bakat dan mesra depan lensa. Macam mama dia jugak.. hehe..

Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan?? *kenyit mata kat en. Edel*

Jom tengok gambar  :)


 Pics memang tak clear coz dari kamera henpon aku... 

Ni tengah testing2 camera hp baru.. :p


 Tengok lagak Nabihah... Ada bakat jadi model kan... Memang mesra depan lensa...


 Nabihah & her writing board


 Ayah & Nabihah

Ngegeh Nabihah lok.. :p


 Bunyi gitar... Irama twist... 


All pink

Pepet pink, baju pink, skirt pink..

Ada masanya payah nak suruh Nabihah posing. Kalau mood bergambar dia ON, spontan je dia posing. 

Boleh dikatakan bab2 posing Nabihah ni adalah bakat semulajadi.. hehehe.. 

Boleh ke? Sebab tajuk entry pon bakat... hehe..
Actually mama Nabihah tak tau nak letak tajuk apa... 

Monday, January 17, 2011

Shawl & Syria

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam..

Semalam aku ajak en. Edel pergi ke Wisma Satok. Tujuannya, aku nak cari shawl dan tudung syria. Lama dah tak borong tudung. hehehe....

  1. Shawl kaler kelabu
  2. Shawl kaler hitam
  3. Shawl cinta  kaler hitam
  4. Syria cinta kaler coklat
  5. Printed syria
Hasil rembatan di S.E.S PESONA. Rambang mata mak... 5 items boleh dikatakan borong ke? hehehe...

Lenggang kangkung naik 2nd floor, jumpa ibu iman a.k.a mira. Tetiba blur pulak. Mana taknya, dok rambang mata nak pilih, pastu terjumpa mira yang sedondon dengan aku pakai baju kaler biru. hehehe...

en. Edel : Banyaknya beli...

aku: hehehe...

en. Edel : Kan kita nak pergi KL nanti...

aku : *senyum je*

Kat KL nanti aku borong lagi... Borong untuk raya.. hehehe.. :p

Oklah, en. Edel dah datang menjemput. Balik!

Thursday, January 13, 2011

Tangkap Gambar

Coretan M.A.M.A 10 Ngabas Sitok
Salam..

Ahad lepas, kami 3 beranak singgah ke PUSTAKA. Kami ke sana bukan nak beriadah mahupun jogging tapi tujuan kami adalah untuk tangkap gambar.

Dan seperti biasa modelnya adalah model cilik sebab dialah satu-satunya model cilik yang en. Edel ada buat masa ni dan model tetap en. Edel. Model lain.....??? Harus mendapat approval dari aku dulu... hahahaha... :p

Jom tengok gambar!


Anak manja


Suka posing


cantik!


"Nak posing camne lagi ek..?"


Nabihah & mama


Payahnya nak suruh anak posing


Kalo kami masuk contest mak & anak seiras, boleh menang tak? hehe..



"Mama... penat!"



"Ayah, boleh ke posing camni..?"


Model tetap dan selamanya kepada en. Edel


No, no, no..


Jom poco-poco


Pengsan korang tengok banyak gambar... hahaha..  Ada banyak lagi tapi itu yang aku pilih untuk tatapan anda especially for my big sistah di NZ.. hehe..



**Hari selasa lepas, aku ambil result pap smear dan Alhamdulilah semuanya dalam keadaan normal. Bayak lega hatiku... :)
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting