Sunday, December 26, 2010

Intisari hari ahad

Coretan M.A.M.A 6 Ngabas Sitok
Salam...

Bosannya weekend aku & Nabihah. Kami tak ke mana-mana sebab en.Edel keja (OT). Ramai kawan-kawan dia cuti xmas, so, nak tak nak, kena ganti, kena cover keja-keja diaorang.

Seminggu lagi kita akan ke tahun baru 2011. Memang pantas halilintar masa berlalu. Sekejap je dah setahun. Aku berharap agar ada sinar baru untuk diriku pada tahun 2011, chewahh... Amin.. Dan yang aku harapkan sangat pada tahun 2011, kami dah boleh pindah masuk ke rumah kami sendiri. Iye, kami dah beli rumah lain di Semariang Aman. Loan dah approve cuma sekarang ni tunggu SPNB bayar balik duit kami. Aku tunggu masa je lagi nak buat kacau di SPNB. Siap!!!

Ok, tenangkan hati.... Ni nak cita pasal Nabihah. Sekarang ni, makin menjadi-jadi perangai manja Nabihah. Sebelum tidur, dia nak aku peluk-peluk, cium-cium seluruh muka dia. Ayah, mama, nenek, kakak, abang, usu memang dah pass dah sebutan dia. Tapi bila dia panggil Atok..., jadi.. "A..Tu".. hehehe..

Nabihah suka makan yang manis-manis. Semua budak suka kaaaaaann... hehehe...

 Nabihah suka aiskrim


Nabihah suka coklat


Nabihah suka susu


 Minum susu sambil belajar


Sangat aktif...hyper!!


Nabihah suka belajar. Sekarang ni memang melekat dia dengan laptop dia. Nabihah anak yang bijak, cerdik dan pandai.

Rasa macam baru semalam aku melahirkan dia. Dah besar dah anak mama. Cerdit jak mulutnya kohh... heheh..

Hurmm, nampaknya Nabihah belum ada rezeki lagi nak ada adik. Last month, lewat dari biasa tapi bulan ni awal dari biasa. Hari ini kena serang "jepun", hari ni baru je hari yang ke-19. Mungkin kerana kesan dari berhenti merancang dengan pil. Hormon masih belum stabil.

Oklah, nak kemas rumah sebab rumah bersepah macam kapal pecah. Siapa lagi yang sepahkan kalau bukan si budak comel anak daraku itu.. hehe.. ok, bye!

Friday, December 24, 2010

Kasut tumit tinggi, seksi atau seksa?

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam Jumaat..

Nak kongsi info dengan anda semua yang sudi singgah di teratak blog usang saya ini... hehehe..

click image to preview

Sejak dua menjak ni, aku dah tak berapa berminat dengan kasut tumit tinggi. Tak tau kenapa. Bukan sebab aku jumpa info ni, sebab info ni awal tahun dah aku dapat tahu dari kiriman email kawan-kawan.

Sekarang ni, pergi ofis, guna wedge crocodile atau flat pump/ shoe. Sangat2 selesa. Tambahan kerja2 aku boleh tahan lasak, pergi site lawat projek, masuk hutan, naik-turun bot. Kalau ada meeting di jabatan/ pejabat lain, dinner, functions,events (formal) baru aku akan mengenakan kasut tumit tinggi.

Kalau g jalan2 aku guna sandal flat je. Aku kaji jugak, kalo sepanjang hari aku dengan kasut tumit tinggi, bangun dari tido keesokan harinya, confirm aku sakit belakang & kaki aku lenguh.

Lagipun ada info jugak yang penggunaan kasut tumit tinggi dengan kerap boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Oklah, jam dah pukul 2.15, sambung keje maaaa... banyak keja nak disiapkan sebelum tahun baru sebab aku sorang je tinggal kat seksyen, yang lain cuti christmas sampai hujung tahun. sob sob, sedehnya aku...

Wednesday, December 22, 2010

Kawan lama

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam..

Hari ni busy... Esok nak meeting, Jumaat pulak nak pergi site. huh... 

Tadi, godek2 folder, jumpa gambar ni..

danny + fieza my bestie + me

Geng keras di CMCC dulu... hehehe...

Rindu nak hu ha hu ha dengan diaorang ni. Last kita orang jumpa masa reunion CMCC, berbuka puasa di hartz bulan puasa lepas.

Mereka berdua ni dulu suka ambil tahu perkembangan baby dalam perut aku semasa aku mengandung  Nabihah. Teringat lagi aku, mata Fieza terbeliak bila dia pegang perut & baby kat dalam perut kicking. Then, kami sama2 terkawa... hehehe...

Rindu dengan diaorang semua... 

**Fieza, bila tek nak kuar sama? Mala x cun jadual kita 2 tok.. hehehe..

Tuesday, December 21, 2010

Menyampah!

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Mood aku tak baik 2 hari ni.

Semua kerja aku yang kene buat.

"Za, mana report...?"

"Za, borang ... dah hantar?"

"Za, minit meeting dah siap?"

"Za, mana fail....?"

Kalau bos aku yang tanya semua ni aku tak kesah. Tapi, yang sangat buat aku menyampah, yang pandai2 nak suruh aku buat ini-buat itu, dia bukan siapa-siapa ponn. Bukan pegawai cuma penolong pegawai je. Keja aku dan keja dia sama je.

Tapi, kami sudah dibahagikan tugas. Aku ada tugas & tanggungjawab sendiri, every staff ada tugas masing2. Bos arahkan dia buat keja, alih2 dia arah aku balik. Lepas tu, dia cakap kat semua orang, dia yang buat semua. Keja aku tertangguh sebab nak siapkan keja dia. Keja dia satu perkara je, aku pulak 4 main jobs aku handle termasuk satu perkara yang dia buat. Aku buat keja sendiri2, tak tau buat, aku minta ajar bos. Dia,, dok melalak, ketawa, cakap belakang orang, buat cerita, buat fitnah. Dan keja dia pulak, kalo nak cepat, dia pass kat aku. Dah siap, cepat2 dia ambik, kasi kat bos. Hah... Dasar pemalas.

Tahun 2011, tugas dia masih satu perkara. Aku pulak 3 jobs dalam tangan. Bos dah tak kasi aku buat keja yang melibatkan satu perkara itu. Bos nak aku fokus dengan projek-projek sebab dah masuk RMK10.

Masuk je keja 3 Januari 2011, jgn harap aku nak tolong si dia ek... Tak kuasa... Makan gaji buta je... Bising je lebih, keja tak buat. Menyampah!

Wednesday, December 15, 2010

Usherette

Coretan M.A.M.A 0 Ngabas Sitok
Salam..

Hari Selasa kami ditugaskan untuk usherette di Majlis Penyampaian Pingat Khidmat Setia di DUN. Pingat ni untuk kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan lebih dari 20 tahun.Seramai 300 kakitangan awam dari pelbagai jabatan yang menerima pingat ini. Bukan senang nak dapat pingat ni... Rekod mau bersih maaa...


 DUN SARAWAK


 Breakfast pukul 7.00 am


 Syarifah + Amelia + Joanna + Kak Thahirah + me


 Good friend of mine


 Penyambut tetamu / Pengiring


 Lagi kami posing..


 Persembahan koir


 Yours truly,

Insya Allah, suatu hari nanti aku akan hadir dan tampil di tempat yang sama sebagai penerima pingat ini. Amin...  :)


Dan last but not least, Nabihah yang baru sembuh demam. Last Sunday, bawa Nabihah pergi Normah specialist dan suhu dia 39.9

But now, Alhamdulillah, panas badan pun dah turun dan Nabihah kembali aktif.

Oklah, itu je cerita kali ni. Nak rehat, berdiri 5 jam... saket pinggang mak, nyahh... :p

See you when you see me... daaa..  :)
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting