Friday, December 10, 2010

Manjaku

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam Jumaat..

Hari ni aku masih lagi kurang sihat. Batuk sana-sini.. Sakit tekak makk..

Dan entry kali ni nak cita tentang Nabihah, my wonderful daughter. Sekarang ni, semua perkara dia nak buat sendiri. Nak mandi sendiri, nak pasang kasut/ sandal sendiri, nak pakai baju sendiri, nak sikat rambut sendiri, nak makan sendiri.. dan banyak lagi la..

 mamam telur rebus


 "dap..."


 makan pun sempat posing... mata Nabihah macam mata budak dalam cerita Ju-On.. heheh..


 relax jap, tengok tv


 @ Bella Italia


Penat sangat bermain... Cam ginila Nabihah tidur...

Cat busyuk peneman setia Nabihah, dari umur Nabihah 2 bulan lagi dah tido peluk patung cat kelabu tu. Sampai sekarang ni, tak nak yang lain. Ada belikan patung2 yg lain, tapi langsung tak dipandang Nabihah.

Semalam aku tanya Nabihah,

"Bihah mok adek?"

Lama Nabihah tengok aku, then dia jawab,

"cimmokkk" (x maok)

Alahai... manja sangat Nabihah ni. heheheh...

Oklah, nak sambung keja balik. Iyelah.. sambung keja... hahah... sambung blogwalking..  :p

Happy weekend!! Yeay!!

Thursday, December 9, 2010

Bukan rezekiku...

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam...


Malam tadi balik dari makan di Bella Italia...

Bendera jepun naik!
Nabihah belum ada rezeki nak ada adik..

Takpe, cuba lagi!

Oklah, nak pegi meeting.

Wednesday, December 8, 2010

Rabu/ 8 Disember 2010

Coretan M.A.M.A 4 Ngabas Sitok
Salam...

Hari ni aku pegi keja macam biasa...
Tapi, masih tak berapa sihat, badan masih lemah..

Selera makan kurang, mungkin sebab tekak sakit, batuk kering..

Pagi tadi bangun tetiba ada flu pulak... hmm..

Dari malam tadi tak makan apa, sampai sekarang ni pukul 10.25am, aku tak rasa lapar ponn...

Kepala pening... mood tak berapa nak hu ha hu ha...

Nak buat keja pun malas, dari tadi jelajah blog orang..

Ofis sunyi, banyak pegawai cuti... al-maklum la hujung tahun..



Hari ini hari yang ke-33..

Period belum...
Tunggu 3-4 hari lagi...
Sebab biasanya kitaran haid 35 hari kan?...

*Takde loya
*Breast tak sakit

*Tak alah pada bau

hmmm....  :S

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam...

Selamat Tahun Baru! Dah tahun baru, mesti ada azam baru... Azam baru aku, nak baby lagi... hehehe.. Insya Allah kalau ada rezeki.. :)

Dah hujung2 tahun mcm ni, kalo kuar shopping memang seronok, sana sini sale. Al maklumla YES.

Ahad lepas, kami 3 beranak menjenguk The Spring. Boleh tahan lama kami di situ. Lepas shopping, g makan kat kfc. 2-3 minggu lepas, tekak aku ni nak makan ayam spicy crunchy, tu yang ajak en. Edel makan kat kfc.


 Fitting room... sempat... hehe..

Sampai2 je kat rumah, kepala aku pening, badan sakit, merengek macam budak kecik, sejap ok, sejap menangis... last-last, keesokan harinya (isnin), aku demam.

Sepatutnya hari isnin aku hadir ke Perhimpunan Hari Perkhidmatan Awam d BCCK, tapi, demam dengan kepala sakit yang sangat sakit, batuk, aku sms ofismate, gtau aku cuti. Tak larat nak bangun...

G Normah Specialist, jumpa doktor... haaa... telan obat... tak suka, tak suka!


Tukar cerita pulak. Nabihah yang semakin membesar dengan riang dan manja. Malam2 pun aktif bermain.


 Conteng... ni salah satu aktiviti Nabihah. Dulu, sebelum aku & en.Edel belikan dia buku, habis dinding rumah dia conteng.


 Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Nabihah cepat faham dan cepat belajar.


 Seronok tengok anak membesar...


Nabihah bijak

Sekarang ni Nabihah dah pandai sebut "one, two, wee (three)". Kadang2 dia sebut, "one, two, five"... Selain itu dia juga pandai sebut.. "aa, baa, taa, saa"... "A, B, C"... "K F C", ni pun dah boleh sebut...

Kalau aku balik keja, Nabihah jerit.. "MAMA", tepuk2 tangan. Kalau en. Edel balik dari keja,.. "AYAH!!" lompat2, suka...

Alahai anak, intan payung, penawar di kala duka... ehehe...

Oklah, nanti citer lagi. Last but not least, salam maal hijrah dari kami sekeluarga.. :)

Thursday, December 2, 2010

Pink! I Like...

Coretan M.A.M.A 2 Ngabas Sitok
Salam...

Pink ataupun merah jambu adalah warna kegemaranku... Kalau pink digabungkan dengan purple, waduh... lagi aku sokaaaaaa....

Dan antara yang buat aku tak keruan semenjak dua menjak ni....



NOKIA C3!!!

PINK! PINK! PINK!

Tidur malam ku tak lena dibuatnya... hahahahha.. Oh, pinkkkkkkkk!



NOKIA 5800 Express Music

Aku guna handphone ni. Handphone ni ok, cuma takde kaler pink maaa... huhuhu... Tapi, aku ada la buat research tentang handphone ni. Pernah aku terbaca, handphone ni lebih bagus dari iPhone. Itu aku tak pastilah kan, masing-masing ada pendapat sendiri.

So far, sepanjang aku guna hp ni, ok je, cuma lagging... kena update software... Nantila kalo ada masa, nak g Wisma Seberkas, nak update software. Sayang pulak nak tukar hp ni. Tapi, C3, oh pink!

uwaaaaa.. Aku dalam dilema...
 

Coretan Seorang Isteri dan Ibu Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting